Agen pulsa murah http://www.rajapulsaelektrik.net/p/cara-daftar-agen-pulsa.html/

KASIAT DAN KEGUNA'AN TUMBUHAN POKOK SETAWAR KAMPUNG

Khasiat pokok setawar kampung
Hasil gambar untuk gambar pokok setawar kampung
Daun setawar kampung mempunyai nilai perubatan yang tinggi  dalam perubatan Ayuveda dan digunakan untuk tujuan perubatan kedua-duanya, dalaman dan luaran.

Daun setawar kampung memiliki sifat-sifat merawat pelbagai seperti  haemostatic, penyejuk  (refrigerant), kepedihan kulit (emollient), pelekat (mucilaginous), pengubat luka (vulnerary), pembersih kotoran (depurative), anti-radang  (anti-inflammatory), jangkitan (disinfectant), dan tonik

Ia juga berguna dalam keadaan ketidak seimbangan (vitiated) Vata dan pita, terhiris  dan luka, buasir  (hemorrhoids), masalah haid (menorrhagia), perubahan warna kulit, bisul, pembengkakan ulser  (sloughing ulcers), masalah mata (ophthalmic), terbakar, melecur (scalds), berbintik (corn), cirit-birit, disentri, muntah-muntah dan radang akut. 

Manakala di Malaysia dan Amerika Syarikat, tumbuhan ini banyak tumbuh sebagai tumbuhan perhiasan dan bukan bertujuan sebagai  perubatan.

 Di Bahamas tumbuhan ini digunakan untuk merawat penyakit Asma atau sesak nafas.

Daun tumbuhan ini akan dilumatkan dan direndam didalam air semalaman.

 Pada Keesokan harinya rendaman ini diminum sebagai teh. teh diminum untuk merawat pedih hulu hati, atau digunakan sebagai merawat antibakteria untuk lebam atau sakit kulit.

 Daun segar yang ditumbuk hancur  digunakan untuk tuam atau ditampal dibahagian kepala untuk sakit kepala, dan jus yang dicampurkan dengan sedikit garam digunakan untuk merawat penyakit paru-paru (bronchitis).

Dalam perubatan tradisional melayu setawar digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas.

 Daunnya yang tebal itu diramas dan dipatahkan dalam air dan air digunakan untuk menjarang atau membasahkan kepala pesakit.

KEGUNAAN LUARAN

Jus dari daun atau infusions yang dibuat dari daun digunakan pada kulit untuk mengurangkan keradangan atau untuk merawat jangkitan bakteria, virus dan kulat.

 jus dari daun digunakan ke atas bahagian kecederaan traumatik untuk menghentikan pendarahan dan menggalak penyembuhan luka

. Jus dari daun setawar kampung.  apabila berhubung dengan bahagian  arterioles dengan sertamerta akan menghentikan pendarahan sama ada bahagian luaran mahupun dalaman

. Pada jenis luka traumatik, daun setawarkampung  yang dipanaskan dihancur dan ditekapkan pada bahagian itu.

 Ia mengurangkan pembengkakan berair (edema) dan menggalakkan penyembuhan luka tanpa meninggalkan parut.

PENGGUNAAN DALAMAN

Beberapa bahagian dari pokok setawar, terutamanya bahagian daun, dimakan untuk melegakan batuk, merendahkan kolesterol, mengurangkan demam, menyembuhkan luka, merawat batu karang dan merawat jangkitan.

Jus dari daun setawar kampung  dan biji jintan putih diberi bersama-sama dengan minyak sapi dua kali ganda dalam kes disenteri.

 Ia menghentikan pendarahan, serta merangsangkan usus.

 Setawar kampung  amat disyorkan dalam gangguan pendarahan, buasir dan gangguan haid yang berpanjangan  (menorrhagia) -raktapitta.

 jus daun segar mempunyai unsur merawat tekanan sistem saraf, membantu melegakan kesakitan dan berkualiti anti-radang

Sakit otot

 Daunnya hanya perlu dipanas dan ditampalkan pada tempat yang sakit maka rasa kesakitan itu akan hilang secara ajaib.
Jika anda mengalami sakit kaki sepanjang hari, anda boleh memasukkan beberapa helai daun setawar dengan sedikit air panas dan rendamkan kaki anda didalamnya.

 Ia juga boleh membantu dalam sakit kepala, hipertensi (tekanan darah tinggi), melegakan reumatisme serta ia boleh dibancuh dibuat teh untuk menyembuhkan batuk.

 Malah, ia digunakan untuk merawat batu karang! 

Setawar kampung  merupakan pokok penyimpan air dan mudah tumbuh walaupun dengan daun.

 Ia digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas dengan cara meramas daunnya dan dimasukkan kedalam air kemudian air itu dipupuk ke atas kepala.

Selain itu ia digunakan untuk mencegah penyakit kanser, ia mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelak dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit
.
Untuk mengubat cirit birit: 2 @ 3 helai daun dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air, jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.

Untuk kembung perut: 2 helai daun dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari, atau daunnya dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut.

Untuk Bisul dan selumbar:  Daun yang telah ditumbuk juga boleh digunakan sebagai pengubat bisul dengan cara meletakkan daun yang telah ditumbuk itu disekeliling bisul, atau panaskan atau seterikakan daun setawar kampung kemudian dibalutkan pada bahagian terkena bisul atau selumbar biarkan untuk sejam dua kemudian buka dan bersihkan nanah dan kotoran yang keluar dari bahagian tersebut.

Untuk sakit kepala: Daunnya di seterikakan atau dipanaskan didalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur sehingga panas, tampalkan keatas dahi dengan seberapa segera sementara ia masih panas. Jika daunnya telah sejuk, ulang panaskan semula dan tampalkan ke dahi selama 10 minit.  

Untuk Stress / Rheumatism: Panaskan daun sepanas yang anda mampu bertahan panasnya.

Letakkan daun yang panas itu dibahagian yang sakit sambil baring di atas perut. 

Jika terdaya juga letakkan pad panas atau botol air panas ke atas daun supaya haba berterusan akan membantu untuk melepaskan khasiatnya

. Jika anda ingin meneruskan perjalanan, letakkan daun yang dipanaskan pada tempat yang sakit dan balutkan ia supaya tidak jatuh.

Untuk Dibuat Rendaman Kaki: Ambil sekurang-kurangnya 3 daun setawar, masukkan kedalam besen dan isikan dengan air panas.

 Anda juga boleh menambah bahan buih dan bau haruman jika mahu, minyak menthol, minyak pudina atau minyak daun eucalyptus adalah sesuatu yang baik digunakan.

 Merendamkan kaki untuk sekurang-kurangnya setengah jam untuk rawatan, setelah mengeringkan kaki,  ambil dua helai daun lain, panaskan dan letakkan pada tapak kaki dan kemudian sarungkan dengan sarung kaki (stokin) untuk  semalaman.

Nikmatilah keajiban semasa sedang tidur.
Untuk Sakit Mata (Styes): Panaskan daun, letakkan ia keatas mata untuk satu atau dua minit, 3~6 kali sehari.

 Selang selikan rawatan ini dengan rawatan pencuci mata cecair borik. Tetapi dengan meletakkan daun keatas mata lebih mengurangkan saiz dan kemerahan tembel itu (stye).

Fungsi: Setawar kampung adalah anti-radang, ini bermakna ia membantu memulihkan bengkak-bengkak, dan ia adalah penggawal pendarahan (hemostatic), bermakna ia membersihkan haba dan toksin dalam darah dan membantu menghentikan pendarahan.

Ia telah digunakan sebagai tumbuhan perubatan Barat, serta di China, Hawaii, India dan di bahagian-bahagian lain didunia.

Penggunaan dalam Penghadaman, Pernafasan dan Telinga. Hidung dan Tekak
Setawar kampung telah digunakan untuk merawat pelbagai masalah penghadaman, termasuk muntah darah. Ia juga digunakan untuk merawat ulser dalam perut dan untuk membantu merangsang usus

. Penggunaan dalam pernafasan termasuk merawat selsema berpunca dari kepala dengan dibuat dalam bentuk tuam, dan batuk berdarah kekadang berlaku disebabkan radang paru-paru

. Setawar kampung. juga digunakan untuk merawat masalah telinga, hidung dan tekak (ENT), termasuk tonsillitis, masalah resdung dan sakit telinga. 

Jangkitan dan Bakteria: Setawar lampung telah digunakan untuk merawat jangkitan seperti radang payu dara (mastitis), bisul, jangkitan telinga, dan lain –lain jangkitan. Ia boleh digunakan untuk merawat bakteria, dan dianggap tumbuhan anti-bakteria yang terbaik

. Ia telah digunakan ke atas calar dan luka-luka yang berjangkitan sebagai ubatan pencegahan.

Hasil gambar untuk gambar pokok tumbuhan setawar

Subscribe to receive free email updates: